- Back to Home »
- Seputar Hubungan Intim »
- Bolehkah suami isteri menonton filem lucah?
Posted by : Unknown
Minggu, 27 Oktober 2013
Soalan: Saya nak bertanya, boleh tak
mengajak isteri menonton filem lucah untuk tujuan mempelajari tentang
cara-cara melakukan hubungan seks. Ini kerana isteri saya tak bergitu
pandai untuk melakukannya dan ia untuk merangsang nafsunya dahulu
sebelum melakukan hubungan kelamin.
Jawapan: Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana:
1.
Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian
sulit. Nabi SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki
yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”. Sudah
tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi
malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
2.
Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri
dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang
dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan
baginda SAW. (Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai
adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya,
maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam
filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.
3.
Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku
panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
4.
Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta
sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam
hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh
Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan
juga.
Sebagai contoh, Islam
tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel
sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-
إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين
Ertinya
: “Apa seorang kamu ‘bersama’ isterinya maka janganlah kamu
bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)” (Riwayat Ibnu Majah
1/619 no 1921)
Demikian
juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak
mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin
bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam
yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. (Nizom al-Usrah,
Dr Md Uqlah, 2/16-17)
5.
Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di
dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang
lain pula.
6. Nabi melarang menceritakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.
Nabi SAW bersabda :
لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها
Ertinya
: Janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu
menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya. (
Riwayat Al-Bukhari )
Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.
Artikel oleh: Ustaz Zaharuddin
http://mahatera.blogspot.com